Monday, September 6, 2010

Jodoh

Jangan kata kami memilih. Jangan!

Sekufu,

Memilih pasangan sekufu adalah tuntutan agama. Islam menggalakkan perkahwinan sekufu. Salah ke kami memilih @ menunggu lelaki sekufu? Orang sekeliling senang bercakap "tak payah la pilih sekufu pun,gaji ko sorang pun dah lebih dari cukup.asal kahwin sudah la". Betul gaji kami lebih dari cukup. tapi ape sebenarnye fungsi suami?bukan kah suami itu bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada isteri? dan perkara yang paling ditakuti, hilang nya rasa hormat kepada suami. Isteri-isteri dengan mudah meninggi suara, nauzubillah. Kenapa isteri berani untuk meninggi suara?sebab standard nya lebih tinggi dari suami, 80% keperluan rumah isteri yang beli, makan minum isteri yang keluar belanja, dia mana guna nye suami? Kami berkahwin untuk masuk syurga. Selagi tidak di pertemukan dengan yang sekufu, biar la kami menjadi hak mutlak kepada ibu bapa kami. Biar kami mudah untuk masuk ke syurga.

Imam,

Berapa ramai lagi teruna di luar sana yang mampu untuk menjadi imam kepada kami? Kami berkahwin untuk mencari imam kepad hidup kami, kami tidak mahu terumbang ambing. Kami mahu masuk syurga. Buat apa berkahwin, jika agama diketepikan? Jangan kata kami cerewet. Jangan! Kami insan lemah, kami perlu kan pembimbing. Jika si teruna sendiri tidak mampu untuk menjadi imam kepada diri sendiri, bagaimana pula boleh menjadi imam kepada kami? Kami bukan hanya mencari suami, tetapi kami juga mencari bapa kepada zuriat kami.

Ada lagi kah teruna di luar sana yang boleh menyayangi kami seperti mana kami disayangi oleh bapa kami sendiri? Jika ada,sila la pinang kami. Jika tiada, biar la kami bertaat setia dengan bapa kami sendiri. Tidak perlu ada lelaki lain sekiranya itu membebankan. Kami mahu masuk Syurga.

P/s : sebab tu kalau orang bercakap tentang jodoh, aku senyum je walaupun aku tahu diorg tujukan untuk aku. jodoh, Allah yang tentukan. takperlu rasa nya tergesa-gesa :)